Monday, December 17, 2018

CHIMEWRIAN!

Assalamualaikum, alhamdulillah...

Ini adalah gambar Anugerah Agent daripada pihak HQ Mad About Cake (MAC)


Bersama Cikgu Su, dia baik.. Rindu sgt dia. Selalu sharing tntg bisnes kat FB


Bersama geng agent & stokist CMW. Kami diraikan dengan makanan, student tahfiz & hamper. Alhamdulillah..


Akhir sekali, yg berblazer tu adalah founder product ni, Ribuan terima kasih kepada CMW kerana produk ni yg membuatkan Cik Biskut minat berniaga & bercita-cita utk jadi mcm founder muda CMW ni. Love you guys!! ^^


TERIMA KASIH BUAT SEMUA READERS YG SUDI SINGGAH KE BLOG CIK BISKUT
JGN LUPA SHARE DGN RAKAN2 LAIN YE
GOODLUCK BAKAL JUTAWAN MUDA!!
AMIN!!

KENAPA INSTAGRAM??

KENAPA INSTAGRAM?
Instagram boleh dijadikan satu peluang untuk anda mengembangkan perniagaan, jenama dan pasaran produk yang anda jalankan. Ini kerana:
✅ Nak buka akaun Instagram adalah PERCUMA
✅ Tempat ‘lepak’ yang kian popular dan penggunanya semakin bertambah hari demi
hari.
✅ Selain dari membuat jualan, sesuai untuk meluaskan empayar penjenamaan
✅ Mudah untuk digunakan serta tidak terlalu banyak fungsi yang memeningkan
✅ Boleh jadi lubuk pelanggan baru untuk dipancing, kerana ada sesetengah dah mula jarang berinteraksi di dalam Facebook

So far, IG better than FB.. Sbb rmai yg guna IG berbanding FB.

FB skrg cuma sesuai untuk tempat sharing ilmu dan tips bisnes.

Tp Cik Biskut ada juga page di FB, cuma skrg agak terkubur. Tp ada juga sharing. Cuma perasan jugalah sejak akhir ni tak ramai sgt yg view even gambar cantik


FB: COOKIES HOUSE NILAI

Ada yg hadapi mcm mana Cik Biskut ni ke? Jgn risau, normal la.. Kita guna platform marketing free je, mcm IG, FB, SHOPEE.. Kita tumpang rmh org free, so suka hatilah mereka nk setting mcm mne pun. Kita je yg kena cepat catch up.

Yg penting jgn mudah putus asa okay??

Byk lg platform yg free, contoh mcm skrg ni haa.. Blog!! Blogspot agak lama juga kan. So why not get ready byk2 platform marketing supaya tak susah dikemudian hari :)

BRANDING & PRODUCT IGSHOP

Assalamualaikum.. Hai..

Dah stalk IG Cik Biskut??

Jujurlah dulu Cik Biskut aktif menjual dekat FB, blast FBADS bagai. Tp skrg ni sejak perubahan semasa, IG lebih mendapat smbutan utk produk Cik Biskut ni. Almost 80% sales Cik Biskut dtgnya daripada IG.

Tp utk berhati-hati, Cik Biskut asingkan dua IG. Mcm dekat bawah ni;


Cik Biskut jadikan IG @cookies.monsterbite ni sebagai IG utk product semata


IG @weena.co pula utk branding Cik Biskut. Semperna nama Cik Biskutla.. Wanie hehe..

KENAPA ASINGKAN IGSHOP EH??

-Sbb if oneday product yg kita jual tu company tu shut down tiba-tiba, so that kita ade backup utk jual produk lain pula sbb kita tak pkai pun nama produk tu sebijik
-Menunjukkan kita ada "value rich" sbb ade nama & identiti sendiri yg menunjukkan branding kita

Okay dapat tak ilmu tntg IG harini?? ^^

CARA BUAT IGSHOP YG MENARIK

CARA BUAT IGSHOP YG MENARIK

1⃣ PROFILE INSTAGRAM
“NAK LETAK NAMA APA?”
Perkara pertama yang anda perlu ambil berat adalah, nak letak nama apa? Nama produk ke? Nama perniagaan ke? Atau nama sendiri?

📌Kaedah 1: Gunakan nama syarikat, kedai atau jenama perniagaan anda.
Kalau anda dah ada kedai, atau syarikat atau jenama sendiri, gunakan saja nama tersebut sebagai nama akaun Instagram anda. Kaedah ini sesuai bagi anda yang nak mengembangkan dan mengukuhkan jenama perniagaan anda seterusnya membina followers sendiri.
Contoh: @cookies.house.nilai

📌Kaedah 2: Kaedah 2: Gunakan nama produk
Jika anda hanya menjual satu produk atau menjadi agen mana-mana produk, anda boleh letakkan nama produk sebagai nama akaun Instagram anda.
Ini bertujuan orang tahu apa yang kita jual dan akaun yang kita bina adalah untuk perniagaan, bukan untuk suka-suka. Walapun ianya bersifat ‘jangka masa singkat’
tetapi ianya lebih mudah untuk mengumpul followers berdasarkan produk jualan anda.
Contoh: @cookies.mostwanted.perak

‼Tips pilih nama IGshop‼
Pemilihan nama amat penting, jadi nama yang dipilih haruslah:
✅ Senang orang ingat. Contoh Zawara, Calaqisya
✅ Oleh kerana nama dalam Instagram cuma boleh satu patah perkataan sahaja, jadi, elakkan penggunaan underscore ( _ ). Kenapa? Supaya mudah nak sebut dengan orang lain nanti, ada sesetengah orang tak paham underscore tu apa, nak cakap garis bawah pun macam pelik.
✅ Ingat! Nama adalah jenama kita! Bagaimana kita nak orang mudah ingat dan sebut nama kita, macam tu lah dengan jenama yang bakal kita bawa.
✅ Elakkan nama yang mengelirukan sama ada dari segi ejaan yang susah nak eja atau sebutan yang lebih kurang sama, contoh Qhalifh dengan Khalifh, Collections dengan Collection.

2⃣ GAMBAR PROFILE SEBAGAI LOGO AKAUN
Gambar profile merupakan logo bagi akaun Instagram anda. Logo akaun amatlah penting bagi menggambarkan perniagaan anda dan seterusnya menaikkan kepercayaan pelanggan atau bakal followers pada perniagaan anda.

📌Jadi, beberapa gambar yang boleh digunakan sebagai gambar logo adalah:
✅ Jika anda ada jenama atau kedai sendiri, letakkan logo jenama atau kedai anda. Contohnya. mcm logo Cookies Monsterbite
✅ Jika anda menjual produk orang lain, boleh letakkan gambar produk tersebut sebagai gambar profile logo. Contohnya, letak gambar CMW je
✅ Jika ada model yang pegang produk tersebut, pun boleh letakkan sebagai gambar profile. Contohnya, letak gambar Emma Maembong pgg CMW

3⃣ BIO IGSHOP
Dalam Instagram ruangan untuk meletakkan informasi berkaitan profile kita agak terhad, jadi, kita perlu manfaatkan sebaik mungkin bagi membina satu profile yang menarik dan berpengaruh.

✅Keterangan ringkas perniagaan
Gunakan kata kunci yang berkaitan dengan perniagaan anda. Ini kerana keterangan ringkas ini akan muncul jika pengguna membuat carian samaada berdasarkan nama akaun Instagram atau kata kunci yang
bersesuaian dan bertepatan.
19
✅ Keterangan profile perniagaan anda.
Bahagian ini yang perlu kita manfaatkan sepenuhnya, kerana Instagram membenarkan kita tulis cuma 150 huruf sahaja. Jadi antara maklumat yang anda boleh letakkan adalah seperti:
📌Tawaran pada sasaran anda, contoh: Khas
Buat COOKIES LOVER!
📌Arahan pada sasaran anda, contoh : Follow kami untuk dapatkan cookies FREE!
📌No lesen perniagaan (bagi lebih meningkatkan kepercayaan) *jika tiada pun tkpe
📌Tawaran lain, contoh. Ready Stok, Pos
Laju. Free Delivery
📌Cara Hubungi anda. Contoh SMS / WhatsApp / Call. Skrg ni trend pkai link wasap teruskan. Cara nk buat link wasap tu nnti wanie akn ajar next coaching
📌Lokasi Kedai (jika ada)
📌Waktu kedai beroperasi (jika ada)
📌Guna simbol-simbol menarik dkat bio

4⃣ PUBLIC VS PRIVATE AKAUN
Jika followers anda belum mencapai 10k, JANGAN PRIVATEKAN! Selepas dh capai 10k baru boleh privatekan

5⃣ FOLLOWERS
‼CARA SALAH TINGKATKAN FOLLOWER‼
SPAM komen di akaun-akaun Instagram orang lain terutama artis-artis.
Maksud SPAM komen ada komen-komen yang tidak berkaitan, yang adakala nampak tidak menyenangkan, hinggakan bukan sahaja artis malah peminat artis tersebut jadi menyampah lihat komen2 sebegini.

JANGAN merendahkan kredibiliti jenama kita seterusnya menampakkan produk kita seperti murahan seolah-olah terpaksa tepek iklan- iklan secara bertaburan tidak kena tempat.
Jika boleh, biar jenama kita nampak professional, nampak premium, ekslusif, nampak mahal.

TEMA INSTAGRAM 1


Assalamualaikum, hai...Anyongg!!

Cuba tgk IG bawah ni, kemas & cantikkan??

Ni IG shop Cik Biskut. Boleh tgk kat @cookies.monsterbite & @weena.co


Cik Biskut nk ajar cara susun IG shop jadi cantik mcm kat ats tu hihi

#TEMAINSTAGRAM

📌Bahagikan kepada 3 bahagian

Row A: Testimoni beredit
Row B: Gambar org pgg pek cookies tu @ Gambar pek cookies
Row C: Gambar kepingan cookies sahaja

So setiap kali post, ulang A, B, C mcm biase.

Untuk susunan ni, anda kena banyak idea. Sebab posting yang berlainan. Warna tema kena lah sama. Kalo pakai gold, pakai lah pink untuk tema. Jangan campur2.

Jangan lupa tema warna apa ye.

GOODLUCK TRY!! ^^

EDIT GAMBAR (BASIC)

Comel kan???

Ni gambar masa bulan puasa. So that org suka bila kita ada tema mcm ni.
Tkde la bosan je bnde yg sama je asyik-asyik scroll IG, gambar lama..bosan customer nnti




Haaa...ni siap duit raya lg hahaha. Semua Cik Biskut yg edit tau!
Rajinkan? Alaa sng je. Meh Cik Biskut ajar eh ;)


Apps yg Cik Biskut pakai:
1. Snapseed
2. Picsart
3. Background eraser

Cik Biskut pkai tiga apps tu je. Tak percaya? Cuba try buat dulu!

Goodluck guys! hehe

Sunday, December 16, 2018

SHARING IS CARING

Haii!! So apa je "sharing is caring" ni?? Penting sgt ke??


YESS!!!

Sgt penting sbb dlm bisnes, kita kena selalu berada dlm circle yg betul. Means, kena berkawan dan bergaul dgn org yg ade minat sme dgn kita supaya kita dapat sama-sama dapat ilmu tentang bisnes.

Contohnya, mcm Cik Biskut buat ni. Cik Biskut ada 2 platform utk semua dropship Cik Biskut.

1. Telegram
2. Whatsapp

Dalam group telegram ada dua group

1. Utk group marketing tools (gambar, video, testimoni)
2. Utk ilmu & tips marketing 

Dalam group whatsapp pula:
- Utk update sales setiap dropship & bg kata-kata semangat setiap hari



Ini adalah group ws Cik Biskut. Khas utk dropship under Cik Biskut

Utk yg berjinak-jinak nk jadi founder or bos, you all kena belajar dulu mcm mana nk handle dropship & agent. Sbb setiap org banyak ragamnya. 

Ada yg join sbb suka-suka je. Sakit pula hati dgr kan? Tp yg ni mula-mula dulu la, masa tak tetapkan yuran pendaftaran. Bila dh bg syarat bayar yuran, alhamdulillah ramai yg bersungguh-sungguh & bg komitmen.

CHIMEWRIAN!

Assalamualaikum, alhamdulillah... Ini adalah gambar Anugerah Agent daripada pihak HQ Mad About Cake (MAC) Bersama Cikgu Su, dia...