Showing posts with label MARKETING TIPS. Show all posts
Showing posts with label MARKETING TIPS. Show all posts

Thursday, December 13, 2018

ILMU MARKETING 6: PERBEZAAN COLD PROSPECT, WARM PROSPECT & HOT PROSPECT

COLD PROSPECT

Ini adalah prospek yang belum pernah mendengar lagi berkaitan dengan bisnes anda.

Ia ibarat anda pertama kali berjumpa dengan mereka dan cuba memperekenalkan diri anda kepada mereka.

Objektif untuk cold prospect ini ialah untuk memastikan mereka kenal bisnes anda.

Bagaimana untuk memastikan mereka kenal bisnes anda?

Di dalam medium online, anda boleh menggunakan Media Sosial (Facebook, Instagram,Twitter) ataupun Website.

Kalau sebagai Ejen Insuran atau Ejen Hartanah Cold Call adalah cara yang paling popular untuk mendapatkan prospek.

Antara cara paling popular untuk menarik perhatian Cold Prospect ini adalah dengan menggunakan content marketing.
WARM PROSPECT


Meraka ini adalah prospek yang telah mengenali anda dan menunjukkan minat terhadap bisnes anda.

Mereka kenal bisnes anda dan tahu anda jual apa, tetapi mereka masih belum bersedia untuk mendapatkan produk anda.

Objektif untuk warm prospek ini ialah untuk menukar mereka kepada pembeli anda.

Antara contoh warm prospect ini adalah seperti Fan anda di dalam facebook ataupun pembaca blog anda secara senyap.

Jika anda ingin membuat iklan kepada mereka , pastikan anda menggunakan ayat copywriting yang khusus untuk mereka.


Image result for hot cup

HOT PROSPECT


Mereka ini dikategorikan sebagai orang yang telah mendapatkan produk anda , dan sangat mengenali anda.

Meraka ini tahu servis after sales anda okay atau tidak…mereka tahu produk anda bagus atau tidak…dan mereka tahu anda ini boleh dipercayai atau tidak.

Cara paling simple untuk anda utilizekan mereka ini adalah dengan meminta mereka memberikan feedback/testimonial kepada anda.

Di samping itu anda boleh tawarkan something advance atau produk yang lain kepada mereka ini untuk meningkatkan sales.

ILMU MARKETING 5: APA SEBENARNYA CARA BERIKLAN YANG FACEBOOK MAHUKAN?

Assalamualaikum & selamat sejahtera!!

Harini Cik Biskut nk share kpd online seller yg giat menjual di FB

Bila nak mula berniaga di Facebook, FB Ads adalah salah satu cara yang paling cepat untuk memasarkan produk.

Ini kerana Facebook boleh bantu menunjukkan iklan anda kepada prospek berdasarkan lokasi, umur, jantina dan minat mereka.

Tapi sebelum anda nak mula buat iklan, perkara yang anda perlu pelajari adalah teknik menulis iklan Facebook atau copywriting.

Ramai orang ingat boleh letak suka-suka ayat untuk Facebook Ads tetapi ianya bukan begitu.

Kenapa?
Sebab Facebook mementingkan pengguna-pengguna Facebook. Mereka mahu pengguna menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga.

Disebabkan Facebook juga satu platform media sosial, Facebook mahu ekosistemnya terjaga dan selamat untuk pengguna-penggunanya.
.
Walaupun begitu, Facebook masih membenarkan orang beriklan di Facebook tapi perlu mengikut peraturannya dan polisi pengiklanannya.

Anda boleh baca lanjut di https://www.facebook.com/policies/ads

Bagaimana Nak Tulis Iklan Mengikut Acuan Facebook?


1. Sebelum tulis iklan, baca dan fahamkan Polisi Pengiklanan Facebook.

2. Buat kajian pelanggan untuk memahami masalah dan kehendak pelanggan.
3. Bila nak menulis iklan, bayangkan dalam kepala 'Apa yang pelanggan aku mahukan daripada iklan yang aku tulis?'. Dari situ, iklan yang anda tulis adalah jelas, nyata dan ada penyelesaian yang pelanggan mahukan.
4. Gunakan kaedah menulis iklan berbentuk tips, petua atau cara-cara guna menggunakan produk. Cara ini berkesan jika buat iklan dalam bentuk video.
5. Tulis iklan yang menunjukkan manfaat atau menggambarkan gaya hidup yang positif terutamanya iklan produk kecantikan dan kesihatan.


Ok lah, itu sahaja untuk hari ni.

ILMU MARKETING 4: BERSEDIA UNTUK KE GELANGGANG!

1. Sediakan toolkit pemasaran anda
Buat hard copy untuk memudahkan anda rujuk pelan pemasaran anda. Dalam toolkit mesti ada; slogan, CTA, imej, video, 'About Us', 'Key messaging copy", siaran akhbar dan macam-macam lagi. Semuanya harus selaras dengan visi dan jenama anda.


2. Bersedia untuk buat jualan
Jangan lancarkan kempen pemasaran sekiranya anda belum bersedia. 

Pastikan laman web anda dan dikemaskini.

Landing page dah boleh digunakan.

Copywriting dah buat.

Design gambar atau video sudah siap.

Jika ada team, pastikan mereka tahu tentang kempen pemasaran yang dijalankan.

Bahagian jualan dah siapkan skrip close sale.

Bahagian customer support faham dengan apa yang perlu dibuat sekiranya ada jualan masuk pada hari kempen dijalankan.

Semua yang ada di dalam team perlu bekerjasama agar kempen yang dijalankan berjaya.


3. Tentukan bajet
Kira berapa banyak yang anda perlu belanjakan untuk pemasaran.

Anda boleh meningkatkan bajet sekiranya anda dah tahu teknik pemasaran mana yang mendatangkan hasil yang lumayan.


4. Berikan tugasan kepada ahli teamsiapa yang melakukan apa dan bila
Wujudkan peranan dan tanggungjawab untuk team anda.


Siapa yang akan mengetuai kempen atau projek?

Siapa yang akan run iklan?

Siapa yang karang copywriting?

Siapa yang reka gambar dan video?

Siapa yang analisa conversion dalam website?


So, lepas dh tahu details di atas, senaraikan bidang tanggungjawab utama mengikut bisnes you guys. Got it? 😇

ILMU MARKETING 3 : MENILAI SALURAN PEMASARAN YG BERPOTENSI

PILIH SALURAN PEMASARAN

Terdapat banyak cara untuk memasarkan perniagaan anda kepada bakal pelanggan anda.

Ada yang sangat sesuai dan ada juga yang tak sesuai untuk perniagaan dan pelanggan sasaran anda. Gunakan senarai di bawah ini untuk membuat penilaian awal sebelum memilih saluran pemasaran yang terbaik:

a) Pengiklanan media

- Beriklan di surat khabar, majalah, TV dan radio

- Boleh pantau keberkesanan iklan daripada nombor telefon, kod dan sebagainya.

- Kos yang agak mahal, perlukan budget iklan yang besar

b) Pengiklanan Pay Per Click

- Beriklan di Google atau Facebook

- Boleh pantau keberkesanan iklan melalui split testing

- Kos murah dan bergantung kepada seramai mana prospek yang anda mahu target.


c) Media sosial

- Baik untuk membina hubungan dengan prospek.

- Metrik yang diukur adalah jumlah Likes, jumlah Followers, Jumlah Shares dan banyak lagi.

- Percuma tetapi mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pelanggan (sekiranya masih baru)


d) Public relation
- Bagus untuk meningkatkan profil bisnes anda sekiranya mahu pendedahan di laman bisnes (online dan offline) dan surat khabar

- Metrik yang diukur adalah bilangan pengunjung ke website dan jumlah jualan hasil daripada liputan media.

- Kos adalah berbeza dan ia juga mengambil masa untuk mendapat hasil yang diinginkan.


e) Direct mail

- Guna flyers atau surat yang dihantar ke alamat prospek.

- Boleh pantau keberkesanan melalui bilangan surat yang dikirimkan semula.

- Kos yang agak murah


f) Pameran dan booth
- Peluang untuk mendapatkan prospek yang berminat dalam satu-satu tempat.

- Metrik yang boleh diukur adalah nama, nombor telefon, emel yang dapat dikumpul untuk follow-up.

- Kos yang mahal tapi berbaloi jika dilakukan dengan sistematik.


g) Penajaan
- Menaja satu-satu acara atau organisasi boleh menaikkan jenama dengan cepat.

- Metrik agak sukar untuk diukur tetapi hasil (jualan) boleh dilihat pada akhir penajaan.

- Kos agak tinggi tetapi boleh menghasilkan ROI positif dalam jangka masa panjang.

ILMU MARKETING 2 : KENAL PASTI PELUANG PEMASARAN MENGGUNAKAN ANALISIS "SWOT"

1. Apakah kekuatan anda?

Kenal pasti cara-cara untuk menonjolkan perniagaan anda berbanding pesaing anda.

Kekuatan anda boleh digunakan untuk menghasilkan mesej pemasaran yang menarik.

Ini termasuk daripada produk atau servis yang anda tawarkan, perkhidmatan pelanggan yang mesra pengguna, waktu perniagaan anda yang lama dan banyak lagi.


2. Apa yang anda boleh perbaiki?

Adakah ada aspek produk atau perkhidmatan anda yang boleh diperbaiki?

Pernahkah pelanggan komplen dengan kualiti produk anda?

Adakah pekerja anda melakukan tugas dengan baik?

Kelemahan-kelemahan lain termasuk kekurangan masa, wang, sumber atau kepakaran.

Tangani kekurangan-kekurangan yang anda sebelum anda memulakan kempen pemasaran.


3. Apakah peluang yang boleh diterokai?

Kenal pasti trend terkini dalam dalam pasaran yang boleh membuka peluang perniagaan baru.

Adakah terdapat jurang yang produk atau perkhidmatan anda boleh isi?

Adakah terdapat kegunaan tambahan untuk produk / perkhidmatan yang anda boleh eksploitasi?

Adakah terdapat pasaran baru yang anda boleh terokai? Senaraikan semuanya.


4. Apakah ancaman yang anda bakal hadapi?

Fikirkan tentang halangan atau cabaran terhadap perniagaan anda. 

Ancaman termasuklah sentimen pelanggan, pemain bisnes baru yang masuk ke dalam pasaran anda, permainan harga, konflik politik dan banyak lagi.

ILMU MARKETING 1 : FAHAMI PASARAN ANDA

1. Siapakah pelanggan anda?

Jelaskan siapakah pelanggan ideal anda. Buat gambaran ciri-ciri utama mereka - ini termasuk umur mereka, gaya hidup mereka, minat, pendapatan mereka atau tempat tinggal mereka.

Jika anda sudah anda pelanggan, kaji apa motivasi yang mendorong mereka untuk membeli daripada anda.

Cara bagaimana anda memasarkan produk kepada pelanggan bergantung kepada profil avatar dan sebanyak mana maklumat tentang pelanggan yang dapat dikumpul.

Fikirkan apa kaedah pemasaran terbaik dan mesej pemasaran yang pelanggan akan respon.

Sebaik sahaja anda dah tahu lebih banyak mengenai pelanggan anda, anda boleh asingkan pelanggan dalam segmen-segmen pelanggan tertentu supaya anda boleh sasarkan kepada mereka dengan mesej dan tawaran tertentu.

2. Apakah kelakuan pelanggan?

Daripada maklumat nombor 1, anda sudah dapat maklumat tentang kelakukan pelanggan anda:

Berapa kerap mereka membeli dari anda?

Apa yang mereka order? Berapa kuantiti produk mereka order?

Bagaimanakah mereka mengetahui perniagaan anda?

Dengan mengkaji data-data ini, anda sudah dapat mengenal pasti segmen pelanggan mana yang mempunyai potensi terbesar untuk meningkatkan jualan.

Anda sudah tahu kumpulan pelanggan mana yang harus anda target dengan aktiviti pemasaran anda.

Buat ranking prospek daripada 'cold', kemudian 'warm' dan 'hot'.

Prospek yang memang kenal anda (hot prospects) akan lebih mudah respon dengan mesej pemasaran anda dengan cara personal seperti emel, Facebook post atau Whatsapp.

3. Siapakah pesaing anda?

Senaraikan pesaing utama anda.

Ia mungkin peniaga offline, penjual produk, pakar-pakar dalam bidang anda atau jenama yang terkenal. 

Senaraikan sebab kenapa pelanggan atau bakal pelanggan memilih produk pesaing berbanding anda.

4. Apa yang istimewa tentang perniagaan anda?

Sekarang anda perlu senaraikan sebab kenapa pelanggan perlu pilih perniagaan anda.

Senaraikan USP dan dan apa-apa poin yang membezakan anda daripada orang lain;

Apakah 'value' utama anda - adakah harga, kualiti, perkhidmatan, kemudahan?

CHIMEWRIAN!

Assalamualaikum, alhamdulillah... Ini adalah gambar Anugerah Agent daripada pihak HQ Mad About Cake (MAC) Bersama Cikgu Su, dia...