Thursday, December 13, 2018

ILMU MARKETING 3 : MENILAI SALURAN PEMASARAN YG BERPOTENSI

PILIH SALURAN PEMASARAN

Terdapat banyak cara untuk memasarkan perniagaan anda kepada bakal pelanggan anda.

Ada yang sangat sesuai dan ada juga yang tak sesuai untuk perniagaan dan pelanggan sasaran anda. Gunakan senarai di bawah ini untuk membuat penilaian awal sebelum memilih saluran pemasaran yang terbaik:

a) Pengiklanan media

- Beriklan di surat khabar, majalah, TV dan radio

- Boleh pantau keberkesanan iklan daripada nombor telefon, kod dan sebagainya.

- Kos yang agak mahal, perlukan budget iklan yang besar

b) Pengiklanan Pay Per Click

- Beriklan di Google atau Facebook

- Boleh pantau keberkesanan iklan melalui split testing

- Kos murah dan bergantung kepada seramai mana prospek yang anda mahu target.


c) Media sosial

- Baik untuk membina hubungan dengan prospek.

- Metrik yang diukur adalah jumlah Likes, jumlah Followers, Jumlah Shares dan banyak lagi.

- Percuma tetapi mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pelanggan (sekiranya masih baru)


d) Public relation
- Bagus untuk meningkatkan profil bisnes anda sekiranya mahu pendedahan di laman bisnes (online dan offline) dan surat khabar

- Metrik yang diukur adalah bilangan pengunjung ke website dan jumlah jualan hasil daripada liputan media.

- Kos adalah berbeza dan ia juga mengambil masa untuk mendapat hasil yang diinginkan.


e) Direct mail

- Guna flyers atau surat yang dihantar ke alamat prospek.

- Boleh pantau keberkesanan melalui bilangan surat yang dikirimkan semula.

- Kos yang agak murah


f) Pameran dan booth
- Peluang untuk mendapatkan prospek yang berminat dalam satu-satu tempat.

- Metrik yang boleh diukur adalah nama, nombor telefon, emel yang dapat dikumpul untuk follow-up.

- Kos yang mahal tapi berbaloi jika dilakukan dengan sistematik.


g) Penajaan
- Menaja satu-satu acara atau organisasi boleh menaikkan jenama dengan cepat.

- Metrik agak sukar untuk diukur tetapi hasil (jualan) boleh dilihat pada akhir penajaan.

- Kos agak tinggi tetapi boleh menghasilkan ROI positif dalam jangka masa panjang.

No comments:

CHIMEWRIAN!

Assalamualaikum, alhamdulillah... Ini adalah gambar Anugerah Agent daripada pihak HQ Mad About Cake (MAC) Bersama Cikgu Su, dia...