CARA BUAT IGSHOP YG MENARIK
1⃣ PROFILE INSTAGRAM
“NAK LETAK NAMA APA?”
Perkara pertama yang anda perlu ambil berat adalah, nak letak nama apa? Nama produk ke? Nama perniagaan ke? Atau nama sendiri?
📌Kaedah 1: Gunakan nama syarikat, kedai atau jenama perniagaan anda.
Kalau anda dah ada kedai, atau syarikat atau jenama sendiri, gunakan saja nama tersebut sebagai nama akaun Instagram anda. Kaedah ini sesuai bagi anda yang nak mengembangkan dan mengukuhkan jenama perniagaan anda seterusnya membina followers sendiri.
Contoh: @cookies.house.nilai
📌Kaedah 2: Kaedah 2: Gunakan nama produk
Jika anda hanya menjual satu produk atau menjadi agen mana-mana produk, anda boleh letakkan nama produk sebagai nama akaun Instagram anda.
Ini bertujuan orang tahu apa yang kita jual dan akaun yang kita bina adalah untuk perniagaan, bukan untuk suka-suka. Walapun ianya bersifat ‘jangka masa singkat’
tetapi ianya lebih mudah untuk mengumpul followers berdasarkan produk jualan anda.
Contoh: @cookies.mostwanted.perak
‼Tips pilih nama IGshop‼
Pemilihan nama amat penting, jadi nama yang dipilih haruslah:
✅ Senang orang ingat. Contoh Zawara, Calaqisya
✅ Oleh kerana nama dalam Instagram cuma boleh satu patah perkataan sahaja, jadi, elakkan penggunaan underscore ( _ ). Kenapa? Supaya mudah nak sebut dengan orang lain nanti, ada sesetengah orang tak paham underscore tu apa, nak cakap garis bawah pun macam pelik.
✅ Ingat! Nama adalah jenama kita! Bagaimana kita nak orang mudah ingat dan sebut nama kita, macam tu lah dengan jenama yang bakal kita bawa.
✅ Elakkan nama yang mengelirukan sama ada dari segi ejaan yang susah nak eja atau sebutan yang lebih kurang sama, contoh Qhalifh dengan Khalifh, Collections dengan Collection.
2⃣ GAMBAR PROFILE SEBAGAI LOGO AKAUN
Gambar profile merupakan logo bagi akaun Instagram anda. Logo akaun amatlah penting bagi menggambarkan perniagaan anda dan seterusnya menaikkan kepercayaan pelanggan atau bakal followers pada perniagaan anda.
📌Jadi, beberapa gambar yang boleh digunakan sebagai gambar logo adalah:
✅ Jika anda ada jenama atau kedai sendiri, letakkan logo jenama atau kedai anda. Contohnya. mcm logo Cookies Monsterbite
✅ Jika anda menjual produk orang lain, boleh letakkan gambar produk tersebut sebagai gambar profile logo. Contohnya, letak gambar CMW je
✅ Jika ada model yang pegang produk tersebut, pun boleh letakkan sebagai gambar profile. Contohnya, letak gambar Emma Maembong pgg CMW
3⃣ BIO IGSHOP
Dalam Instagram ruangan untuk meletakkan informasi berkaitan profile kita agak terhad, jadi, kita perlu manfaatkan sebaik mungkin bagi membina satu profile yang menarik dan berpengaruh.
✅Keterangan ringkas perniagaan
Gunakan kata kunci yang berkaitan dengan perniagaan anda. Ini kerana keterangan ringkas ini akan muncul jika pengguna membuat carian samaada berdasarkan nama akaun Instagram atau kata kunci yang
bersesuaian dan bertepatan.
19
✅ Keterangan profile perniagaan anda.
Bahagian ini yang perlu kita manfaatkan sepenuhnya, kerana Instagram membenarkan kita tulis cuma 150 huruf sahaja. Jadi antara maklumat yang anda boleh letakkan adalah seperti:
📌Tawaran pada sasaran anda, contoh: Khas
Buat COOKIES LOVER!
📌Arahan pada sasaran anda, contoh : Follow kami untuk dapatkan cookies FREE!
📌No lesen perniagaan (bagi lebih meningkatkan kepercayaan) *jika tiada pun tkpe
📌Tawaran lain, contoh. Ready Stok, Pos
Laju. Free Delivery
📌Cara Hubungi anda. Contoh SMS / WhatsApp / Call. Skrg ni trend pkai link wasap teruskan. Cara nk buat link wasap tu nnti wanie akn ajar next coaching
📌Lokasi Kedai (jika ada)
📌Waktu kedai beroperasi (jika ada)
📌Guna simbol-simbol menarik dkat bio
4⃣ PUBLIC VS PRIVATE AKAUN
Jika followers anda belum mencapai 10k, JANGAN PRIVATEKAN! Selepas dh capai 10k baru boleh privatekan
5⃣ FOLLOWERS
‼CARA SALAH TINGKATKAN FOLLOWER‼
SPAM komen di akaun-akaun Instagram orang lain terutama artis-artis.
Maksud SPAM komen ada komen-komen yang tidak berkaitan, yang adakala nampak tidak menyenangkan, hinggakan bukan sahaja artis malah peminat artis tersebut jadi menyampah lihat komen2 sebegini.
JANGAN merendahkan kredibiliti jenama kita seterusnya menampakkan produk kita seperti murahan seolah-olah terpaksa tepek iklan- iklan secara bertaburan tidak kena tempat.
Jika boleh, biar jenama kita nampak professional, nampak premium, ekslusif, nampak mahal.