Thursday, December 13, 2018

3 DOSA YANG PENIAGA ONLINE BUAT TANPA SEDAR

Assalamualaikum..

Ingatlah, sesungguhnya rezeki banyak datang daripada perniagaan.

Ya, benar. Berniaga adalah amalan yang mulia.

Bukan sahaja anda boleh dapat keuntungan lumayan, malah anda juga membantu menyelesaikan masalah pelanggan sasaran.

Dengan perniagaan, anda boleh memberikan peluang pekerjaan kepada orang ramai.




Namun, segala-galanya boleh musnah sekiranya ada 3 dosa ini:

1. Niat berniaga untuk menipu orang ramai
Semua tindakan bermula dengan niat.
Sekiranya ada niat nak memperdaya orang dengan bisnes yang nak dijalankan, baik lupakan sahaja.
Lambat laun keburukan akan menempek pada muka juga. Di dunia dan di hari pembalasan.

2. Tulis copywriting yang sarat dengan hype dan janji palsu
Setiap iklan mesti ada tawaran yang dijanjikan kepada pelanggan. Tujuannya adalah untuk menaikkan nafsu pembeli.

Tapi sekiranya menjanjikan sesuatu yang tidak boleh dipenuhi dan mengelirukan, iklan anda akan ditolak mentah-mentah oleh Facebook.

Contoh tawaran yang hype adalah seperti 'kulit boleh putih plum plum pak... boleh selim dalam 3 hari" dan sebagainya

3. Menjual dengan harga murah untuk cantas pesaing
Anda tahu anda ada pesaing dan mereka juga menjual produk kepada pelanggan sasaran yang sama.

Waktu inilah setan akan membisikkan kata-kata manis untuk merendahkan harga produk yang dijual. Sebabnya nak kaut sebanyak mungkin pelanggan daripada beli melalui pesaing.

Usah buat begitu. Banyak lagi cara untuk memasarkan produk dalam persaingan yang sengit.

Lontarkan USP bisnes. Buat sesuatu yang lain daripada pesaing. Kecilkan lagi skop pelanggan sasaran yang belum diterokai.

Kalau dah pernah buat, cepat-cepat kembali ke pangkal jalan.

Itu sahaja coretan hari ini.

Sudi-sudilah memberikan komen untuk kita bincang-bincang cara berniaga yang betul di Facebook.

No comments:

Post a Comment