Thursday, December 13, 2018

ILMU MARKETING 4: BERSEDIA UNTUK KE GELANGGANG!

1. Sediakan toolkit pemasaran anda
Buat hard copy untuk memudahkan anda rujuk pelan pemasaran anda. Dalam toolkit mesti ada; slogan, CTA, imej, video, 'About Us', 'Key messaging copy", siaran akhbar dan macam-macam lagi. Semuanya harus selaras dengan visi dan jenama anda.


2. Bersedia untuk buat jualan
Jangan lancarkan kempen pemasaran sekiranya anda belum bersedia. 

Pastikan laman web anda dan dikemaskini.

Landing page dah boleh digunakan.

Copywriting dah buat.

Design gambar atau video sudah siap.

Jika ada team, pastikan mereka tahu tentang kempen pemasaran yang dijalankan.

Bahagian jualan dah siapkan skrip close sale.

Bahagian customer support faham dengan apa yang perlu dibuat sekiranya ada jualan masuk pada hari kempen dijalankan.

Semua yang ada di dalam team perlu bekerjasama agar kempen yang dijalankan berjaya.


3. Tentukan bajet
Kira berapa banyak yang anda perlu belanjakan untuk pemasaran.

Anda boleh meningkatkan bajet sekiranya anda dah tahu teknik pemasaran mana yang mendatangkan hasil yang lumayan.


4. Berikan tugasan kepada ahli teamsiapa yang melakukan apa dan bila
Wujudkan peranan dan tanggungjawab untuk team anda.


Siapa yang akan mengetuai kempen atau projek?

Siapa yang akan run iklan?

Siapa yang karang copywriting?

Siapa yang reka gambar dan video?

Siapa yang analisa conversion dalam website?


So, lepas dh tahu details di atas, senaraikan bidang tanggungjawab utama mengikut bisnes you guys. Got it? 😇

No comments:

Post a Comment