Monday, December 17, 2018

CHIMEWRIAN!

Assalamualaikum, alhamdulillah...

Ini adalah gambar Anugerah Agent daripada pihak HQ Mad About Cake (MAC)


Bersama Cikgu Su, dia baik.. Rindu sgt dia. Selalu sharing tntg bisnes kat FB


Bersama geng agent & stokist CMW. Kami diraikan dengan makanan, student tahfiz & hamper. Alhamdulillah..


Akhir sekali, yg berblazer tu adalah founder product ni, Ribuan terima kasih kepada CMW kerana produk ni yg membuatkan Cik Biskut minat berniaga & bercita-cita utk jadi mcm founder muda CMW ni. Love you guys!! ^^


TERIMA KASIH BUAT SEMUA READERS YG SUDI SINGGAH KE BLOG CIK BISKUT
JGN LUPA SHARE DGN RAKAN2 LAIN YE
GOODLUCK BAKAL JUTAWAN MUDA!!
AMIN!!

KENAPA INSTAGRAM??

KENAPA INSTAGRAM?
Instagram boleh dijadikan satu peluang untuk anda mengembangkan perniagaan, jenama dan pasaran produk yang anda jalankan. Ini kerana:
✅ Nak buka akaun Instagram adalah PERCUMA
✅ Tempat ‘lepak’ yang kian popular dan penggunanya semakin bertambah hari demi
hari.
✅ Selain dari membuat jualan, sesuai untuk meluaskan empayar penjenamaan
✅ Mudah untuk digunakan serta tidak terlalu banyak fungsi yang memeningkan
✅ Boleh jadi lubuk pelanggan baru untuk dipancing, kerana ada sesetengah dah mula jarang berinteraksi di dalam Facebook

So far, IG better than FB.. Sbb rmai yg guna IG berbanding FB.

FB skrg cuma sesuai untuk tempat sharing ilmu dan tips bisnes.

Tp Cik Biskut ada juga page di FB, cuma skrg agak terkubur. Tp ada juga sharing. Cuma perasan jugalah sejak akhir ni tak ramai sgt yg view even gambar cantik


FB: COOKIES HOUSE NILAI

Ada yg hadapi mcm mana Cik Biskut ni ke? Jgn risau, normal la.. Kita guna platform marketing free je, mcm IG, FB, SHOPEE.. Kita tumpang rmh org free, so suka hatilah mereka nk setting mcm mne pun. Kita je yg kena cepat catch up.

Yg penting jgn mudah putus asa okay??

Byk lg platform yg free, contoh mcm skrg ni haa.. Blog!! Blogspot agak lama juga kan. So why not get ready byk2 platform marketing supaya tak susah dikemudian hari :)

BRANDING & PRODUCT IGSHOP

Assalamualaikum.. Hai..

Dah stalk IG Cik Biskut??

Jujurlah dulu Cik Biskut aktif menjual dekat FB, blast FBADS bagai. Tp skrg ni sejak perubahan semasa, IG lebih mendapat smbutan utk produk Cik Biskut ni. Almost 80% sales Cik Biskut dtgnya daripada IG.

Tp utk berhati-hati, Cik Biskut asingkan dua IG. Mcm dekat bawah ni;


Cik Biskut jadikan IG @cookies.monsterbite ni sebagai IG utk product semata


IG @weena.co pula utk branding Cik Biskut. Semperna nama Cik Biskutla.. Wanie hehe..

KENAPA ASINGKAN IGSHOP EH??

-Sbb if oneday product yg kita jual tu company tu shut down tiba-tiba, so that kita ade backup utk jual produk lain pula sbb kita tak pkai pun nama produk tu sebijik
-Menunjukkan kita ada "value rich" sbb ade nama & identiti sendiri yg menunjukkan branding kita

Okay dapat tak ilmu tntg IG harini?? ^^

CARA BUAT IGSHOP YG MENARIK

CARA BUAT IGSHOP YG MENARIK

1⃣ PROFILE INSTAGRAM
“NAK LETAK NAMA APA?”
Perkara pertama yang anda perlu ambil berat adalah, nak letak nama apa? Nama produk ke? Nama perniagaan ke? Atau nama sendiri?

📌Kaedah 1: Gunakan nama syarikat, kedai atau jenama perniagaan anda.
Kalau anda dah ada kedai, atau syarikat atau jenama sendiri, gunakan saja nama tersebut sebagai nama akaun Instagram anda. Kaedah ini sesuai bagi anda yang nak mengembangkan dan mengukuhkan jenama perniagaan anda seterusnya membina followers sendiri.
Contoh: @cookies.house.nilai

📌Kaedah 2: Kaedah 2: Gunakan nama produk
Jika anda hanya menjual satu produk atau menjadi agen mana-mana produk, anda boleh letakkan nama produk sebagai nama akaun Instagram anda.
Ini bertujuan orang tahu apa yang kita jual dan akaun yang kita bina adalah untuk perniagaan, bukan untuk suka-suka. Walapun ianya bersifat ‘jangka masa singkat’
tetapi ianya lebih mudah untuk mengumpul followers berdasarkan produk jualan anda.
Contoh: @cookies.mostwanted.perak

‼Tips pilih nama IGshop‼
Pemilihan nama amat penting, jadi nama yang dipilih haruslah:
✅ Senang orang ingat. Contoh Zawara, Calaqisya
✅ Oleh kerana nama dalam Instagram cuma boleh satu patah perkataan sahaja, jadi, elakkan penggunaan underscore ( _ ). Kenapa? Supaya mudah nak sebut dengan orang lain nanti, ada sesetengah orang tak paham underscore tu apa, nak cakap garis bawah pun macam pelik.
✅ Ingat! Nama adalah jenama kita! Bagaimana kita nak orang mudah ingat dan sebut nama kita, macam tu lah dengan jenama yang bakal kita bawa.
✅ Elakkan nama yang mengelirukan sama ada dari segi ejaan yang susah nak eja atau sebutan yang lebih kurang sama, contoh Qhalifh dengan Khalifh, Collections dengan Collection.

2⃣ GAMBAR PROFILE SEBAGAI LOGO AKAUN
Gambar profile merupakan logo bagi akaun Instagram anda. Logo akaun amatlah penting bagi menggambarkan perniagaan anda dan seterusnya menaikkan kepercayaan pelanggan atau bakal followers pada perniagaan anda.

📌Jadi, beberapa gambar yang boleh digunakan sebagai gambar logo adalah:
✅ Jika anda ada jenama atau kedai sendiri, letakkan logo jenama atau kedai anda. Contohnya. mcm logo Cookies Monsterbite
✅ Jika anda menjual produk orang lain, boleh letakkan gambar produk tersebut sebagai gambar profile logo. Contohnya, letak gambar CMW je
✅ Jika ada model yang pegang produk tersebut, pun boleh letakkan sebagai gambar profile. Contohnya, letak gambar Emma Maembong pgg CMW

3⃣ BIO IGSHOP
Dalam Instagram ruangan untuk meletakkan informasi berkaitan profile kita agak terhad, jadi, kita perlu manfaatkan sebaik mungkin bagi membina satu profile yang menarik dan berpengaruh.

✅Keterangan ringkas perniagaan
Gunakan kata kunci yang berkaitan dengan perniagaan anda. Ini kerana keterangan ringkas ini akan muncul jika pengguna membuat carian samaada berdasarkan nama akaun Instagram atau kata kunci yang
bersesuaian dan bertepatan.
19
✅ Keterangan profile perniagaan anda.
Bahagian ini yang perlu kita manfaatkan sepenuhnya, kerana Instagram membenarkan kita tulis cuma 150 huruf sahaja. Jadi antara maklumat yang anda boleh letakkan adalah seperti:
📌Tawaran pada sasaran anda, contoh: Khas
Buat COOKIES LOVER!
📌Arahan pada sasaran anda, contoh : Follow kami untuk dapatkan cookies FREE!
📌No lesen perniagaan (bagi lebih meningkatkan kepercayaan) *jika tiada pun tkpe
📌Tawaran lain, contoh. Ready Stok, Pos
Laju. Free Delivery
📌Cara Hubungi anda. Contoh SMS / WhatsApp / Call. Skrg ni trend pkai link wasap teruskan. Cara nk buat link wasap tu nnti wanie akn ajar next coaching
📌Lokasi Kedai (jika ada)
📌Waktu kedai beroperasi (jika ada)
📌Guna simbol-simbol menarik dkat bio

4⃣ PUBLIC VS PRIVATE AKAUN
Jika followers anda belum mencapai 10k, JANGAN PRIVATEKAN! Selepas dh capai 10k baru boleh privatekan

5⃣ FOLLOWERS
‼CARA SALAH TINGKATKAN FOLLOWER‼
SPAM komen di akaun-akaun Instagram orang lain terutama artis-artis.
Maksud SPAM komen ada komen-komen yang tidak berkaitan, yang adakala nampak tidak menyenangkan, hinggakan bukan sahaja artis malah peminat artis tersebut jadi menyampah lihat komen2 sebegini.

JANGAN merendahkan kredibiliti jenama kita seterusnya menampakkan produk kita seperti murahan seolah-olah terpaksa tepek iklan- iklan secara bertaburan tidak kena tempat.
Jika boleh, biar jenama kita nampak professional, nampak premium, ekslusif, nampak mahal.

TEMA INSTAGRAM 1


Assalamualaikum, hai...Anyongg!!

Cuba tgk IG bawah ni, kemas & cantikkan??

Ni IG shop Cik Biskut. Boleh tgk kat @cookies.monsterbite & @weena.co


Cik Biskut nk ajar cara susun IG shop jadi cantik mcm kat ats tu hihi

#TEMAINSTAGRAM

📌Bahagikan kepada 3 bahagian

Row A: Testimoni beredit
Row B: Gambar org pgg pek cookies tu @ Gambar pek cookies
Row C: Gambar kepingan cookies sahaja

So setiap kali post, ulang A, B, C mcm biase.

Untuk susunan ni, anda kena banyak idea. Sebab posting yang berlainan. Warna tema kena lah sama. Kalo pakai gold, pakai lah pink untuk tema. Jangan campur2.

Jangan lupa tema warna apa ye.

GOODLUCK TRY!! ^^

EDIT GAMBAR (BASIC)

Comel kan???

Ni gambar masa bulan puasa. So that org suka bila kita ada tema mcm ni.
Tkde la bosan je bnde yg sama je asyik-asyik scroll IG, gambar lama..bosan customer nnti




Haaa...ni siap duit raya lg hahaha. Semua Cik Biskut yg edit tau!
Rajinkan? Alaa sng je. Meh Cik Biskut ajar eh ;)


Apps yg Cik Biskut pakai:
1. Snapseed
2. Picsart
3. Background eraser

Cik Biskut pkai tiga apps tu je. Tak percaya? Cuba try buat dulu!

Goodluck guys! hehe

Sunday, December 16, 2018

SHARING IS CARING

Haii!! So apa je "sharing is caring" ni?? Penting sgt ke??


YESS!!!

Sgt penting sbb dlm bisnes, kita kena selalu berada dlm circle yg betul. Means, kena berkawan dan bergaul dgn org yg ade minat sme dgn kita supaya kita dapat sama-sama dapat ilmu tentang bisnes.

Contohnya, mcm Cik Biskut buat ni. Cik Biskut ada 2 platform utk semua dropship Cik Biskut.

1. Telegram
2. Whatsapp

Dalam group telegram ada dua group

1. Utk group marketing tools (gambar, video, testimoni)
2. Utk ilmu & tips marketing 

Dalam group whatsapp pula:
- Utk update sales setiap dropship & bg kata-kata semangat setiap hari



Ini adalah group ws Cik Biskut. Khas utk dropship under Cik Biskut

Utk yg berjinak-jinak nk jadi founder or bos, you all kena belajar dulu mcm mana nk handle dropship & agent. Sbb setiap org banyak ragamnya. 

Ada yg join sbb suka-suka je. Sakit pula hati dgr kan? Tp yg ni mula-mula dulu la, masa tak tetapkan yuran pendaftaran. Bila dh bg syarat bayar yuran, alhamdulillah ramai yg bersungguh-sungguh & bg komitmen.

PENCARIAN DROPSHIP DIBUKA!


Assalamualaikum. Hai guys!

Cik Biskut happy sgt sbb Cik Biskut dh ade almost 30 dropship under team Cik Biskut..

Tgk sales depa...Byk kan???

Even lelaki pun join team Cik Biskut (siapa kata lelaki tak boleh berniaga???)

\


Utk readers, kalau ade niat nk start bisnes boleh contact Cik Biskut okay? :)

-Yuran RM50 (seumur hidup)
-Dpt FREE 1 pek besar cookies
-Free e-book daripada Cik Biskut
-Free coaching (group ws & telegram)
-Bahan marketing disediakan


Antara rewards yg Cik Biskut akn bg if berjaya capai sales adalah;





Menarik bukan??? Hihi.. tunggu apa lg? Jomlah join team Cik Biskut ^^

ONLINE BUSINESS VS GAMBAR :)

Assalamualaikum hai :)

Cik Biskut nk share platform yg Cik Biskut guna utk Online Business

1. FB
2. IG
3. SHOPEE

Klau tanya Cik Biskut, mana satu yg lebih byk sales. Nowadays rmai org guna IG kan?

So mmg IG adalah lubuk utk semua online seller. Lgpun Cik Biskut jual cookies, target market Cik Biskut adalah remaja &umur bawah 30 tahun

So kat sini Cik Biskut nk pesan, bila kita nk buat "ONLINE BUSINESS", gambar kita kena cantik & menarik. Sbb itu adalah perisai dlm platform online.

Contoh mcm kita pegi kedai, mesti kedai yg cantik akn jadi tarikan kepada pelanggan btul tak?
So klau online, of course la IG, FB kita kene susun kemas-kemas bg cantik. Jgn guna warna yg terlalu terang, sedang-sedang je. Dapat tak?

Okay, ini adalah contoh gambar yg cntik..


Ini contoh gambar closed up. Kenapa pentingnya gambar close up? Sbb gambar ni
boleh membuat org lain tgk terliur hbis.. Nmpk tak permainan emosi kat sini?
So make sure gambar menarik baru boleh upload ok. Jgn letak gambar blur plak :)




Yg ni Cik Biskut pegi Shanghai, China.. Hehehe comel tak biskut tu? ehh hahaha..
Okay nmpk tak, ni permainan gambar agar org yakin product ni mmg tahap tegar
punya sbb pegi melancong pun bawak cookies hahaha


So ini adalah salah satu tips mudah utk mulakan online bisnes. Tak susah pun kan? Cik Biskut pun bknnya pndai bergambar pun. Tp klau minat, tkde apa yg mustahil. Okay? Goodluck :')





APPS UNTUK EDIT GAMBAR











1. CANVA




Apps ni best sbb boleh pilih je template apa yg kita nk.








2. PICSART








Apps ni pulak best sbb banyak function. 








3. SNAPSEED








Snapseed sesuai utk edit gambar testimoni











OTAK BISNES!

Annyongg!!!!

Cik Biskut nak tanya something laa..

Mmg semua org boleh berniaga ke? Ke certain org je eh??

Contoh mcm dlm bidang art, Cik Biskut amat lemah bab ni sbb tak kreatif langsung!

Terukkan?? hahahaa


....Tapi....klau bab bisnes ni kemain pnjg akalnya hahaha

Okay la, pada pandangan Cik Biskut, tak semua org boleh berniaga (melainkan atas faktor keterdesakan). Sbb Cik Biskut ambil contoh bab art ni, dh cuba utk belajar buat tp feel tu takde & otak asyik fikir tak suka, tak boleh aje ishh...


Okay la, Cik Biskut nk share sikit mcm mne nk tahu otak you guys "otak bisnes"

1. Petah bercakap
2. Pantang nmpak brg, mesti fikir "ni klau jual, mesti lakukan...buat marketing sikit....."
3 Berani menjawab soalan yg cepumas dengan yakin
4. Bnyk membaca artiket atau buku bisnes
5. Suka shopping (tp dgn bajet yg dh ditetapkan siap-siap)

So, you guys ade tak sikap mcm yg Cik Biskut listkan kat atas ni? klau ade, boleh la fikirkan utk kayakan diri sndiri hihi...

CARA DAFTAR SSM SECARA ONLINE



Assalamualaikum.. Cik Biskut dh start berjinak-jinak utk setup company enterprise dgn "partner" Cik Biskut. That's why nama company ni nama dia sbb dia yg daftarkan hihi







So ini adalah antara step & information utk daftar SSM:

Bayaran pendaftaran perniagaan baru.
Untuk pemilikan tunggal (nama diri) - RM30 setahun. Bermakna kalau 5 tahun RM30x5
Untuk pemilikan tunggal (nama trade) dan pengkongsian - RM60setahun. Bermakna kalau 5 tahun RM60x5.

Tindakan jika gagal mendaftar perniaagan ialah denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

1. Mula-mula boleh bukak website ni http://www.ssm.com.my/

Anda akan ke page ini.



Click e-Lodgement di kotak warna purple tu.


2. E-Lodgement


Ini dia benda yang anda kena buat. Step by step. myPortal tu nanti saya jelaskan ape kebendanya tu.
Next. Sila klik link no 1.
3. Pendaftaran pengguna portal MyGovernment (PSP)


Next. Sila klik link no 2.

4. Pendaftaran Pelanggan SSM.
Yang ni pun kena daftar. Sila isi form yang diberi sampai la anda diminta untuk bayar RM5.00 untuk yuran selama setahun untuk e-lodgement perniagaan dan RM120 untuk e-lodgement syarikat.. Cara bayaran boleh guna credit card(mastercard dan visa sahaja) atau debit/FPX..Kalau nak guna online banking macam maybank2u boleh klik debit/FPX. Bila dah bayar anda akan dapat email ni.




Nampak tu bayaran RM5.00




Lepas je isi ni anda akan dapat page macam ni. Ni adalah page https://www.malaysia.gov.my/




Ini la dia page myPortal kalau dari website SSM. Tapi selepas daftar anda akan ke page https://www.malaysia.gov.my/ .Sila isi penuh semua maklumat peribadi supaya senang untuk langkah selepas ini. Boleh tekan 'ubah'di kotak warna purple tu. Sila cek maklumat dengan betul termasuk la tarikh lahir walaupun tadi dah isi. Yang berwarna merah tu 'transaksi' adalah segala maklumat tentang borang yang dah dihantar/dalam proses/tidak lengkap. Semua boleh cek kat situ untuk pastikan status borang kite. Macam bawah ni.




Nampak description tu. Ade not submitted, submitted, approved. Ni borang yang anda akan isi sekejap lagi samada dah submit ke belum, nama syarikat dan pendaftaran syarikat dah di approve atau belum.
Anda boleh klik banner atas tu untuk ke page home. Bawah ni home page government..


Dalam kotak merah tu ada 'My Page' kalau nak pergi ke maklumat peribadi anda seperti diatas


Next. Sila klik no 3 di page SSM. atau myGovernment di kotak merah diatas
5. SSM- Permohonan kelulusan nama perniagaan (ROB).


Klik 'online service' kotak purple tu. Page dia memang kosong camni ea.


Sila install Adobe reader vers 8 keatas. Kalau dah ada boleh klik 'Ok'


Sila baca syarat-syarat untuk nama syarikat di kotak hijau. Ikut step yang di beri.
Klik no. 1 untuk 'Open Form'. Anda akan pergi ke page dibawah.


Isi semua maklumat. Jenis perniagaan anda kena jelaskan contoh macam online store -jual baju, kasut dan ...Dah siap boleh tekan finish.

PROSEDUR MASUKKAN PRODUK KE PETRONAS

Assalamulaikum..Hai guys

So harini Cik Biskut nak share cara masukkan produk ke dalam Petronas

Cik Biskut pun baru tahu Petronas terima je produk IKS ni. Sbb mostly Petronas mmg support produk org melayu. If shell susah sikit sbb dia mmg dh ada listed produk & brand yg dh ditetapkan oleh HQ.

Alright, prosedur nk produk kat petronas ialah:

1. Survey either petronas tu ada letak produk IKS tak, if ada means dia akan terima apa-apa sahaja produk "makanan" utk masuk ke kedai dia

2. Jumpa supervisor atau manager branch petronas tu. Dan minta no tel atau email utk sent quotation harga produk yg kita nk masukkan tu

3. Sediakan quotation tu secara formal & lengkap. Dan utk harga, calculate siap-siap. Which is petronas akan ambil untung 30% daripada untung jualan produk kita tu. So kiralah supaya sng org HQ petronas nk review

4. Sediakan surat rasmi yg menyatakan kita nk letak produk tu. Oh ye lupa nk pesan, kita kena ade no akaun company & no SSM

5. Bila dh ready utk masukkan produk tu ke petronas, kita kena sediakan buku resit & cop company


If ada soalan, boleh tanya Cik Biskut okay? :')

BERMULA DARIPADA "OFFLINE MARKETING"

Haii!!!

Entry yg Cik Biskut dh janji kan... Utk share lg tntg "OFFLINE MARKETING"

So yaa, Cik Biskut dh berjaya letak cookies Cik Biskut dkat:

Petronas Bandar Seri Putra & Petronas Bandar Baru Bangi

Bakery Sweetroz, Jalan Reko

Bakery ni sebelah petronas jalan reko

Ni pulak preparation utk jual dekat surau Politeknik Nilai




So, dh nampak online pnye marketing? Yaa, jmpe next entry! :')

PASARAN SECARA OFFLINE

Assalamualaikum.. Hai guys! Rindu Cik Biskut tak?

Cik Biskut nk share sikit mcm mana nk berniaga secara "OFFLINE"

Sbb Cik Biskut mula-mula join dropship cookies ni, Cik Biskut tak tahu macam mana nak jual. First yg terfikir kat kepala ni jual dari bilik ke bilik (asrama Cik Biskut). Sbb itu je yg paling sng nak cari customer.

Tapi smpai bila nk jual dari bilik ke bilik ke kan?? So sambil-sambil mandi tu Cik Biskut dapat ilham untuk jual di "kedai org". Ehh..btw nk ingatkan. Kalau tgh mandi tu, sediakan whiteboard dalam toilet. Sbb masa mandi, solat, driving tula antara saat yg paling kita selalu menerawang ke alam lain.. btul tak? hehehe!!

Okay, kita fokus kepada topik yg kita nk share. Oraitt...

So Cik Biskut start buat marketing secara "offline" dengan cara survey ke kedai-kedai yg ambil makanan mcm dkat 7e tu.

Contoh kedai *ni utk produk makanan sahaja:

1. Bakery
2. Vendor makanan
3. Stall tepi jalan yg jual air pakai van
4. Kantin/kafe asrama
5. Koperasi dkat u/kolej
6. Petronas
7. Kedai jamu

Tapi cost utk letak produk dkat tempat yg Cik Biskut mention tadi tak semestinya free tau. Ade certain vendor akn mnta utk kita bayar yuran bulanan. Ade juga yg free. So depends on budget you all okay?

Next entry Cik Biskut akn explain lg tentang "MARKETING SECARA OFFLINE" ni. Bubbye!


Thursday, December 13, 2018

ILMU MARKETING 6: PERBEZAAN COLD PROSPECT, WARM PROSPECT & HOT PROSPECT

COLD PROSPECT

Ini adalah prospek yang belum pernah mendengar lagi berkaitan dengan bisnes anda.

Ia ibarat anda pertama kali berjumpa dengan mereka dan cuba memperekenalkan diri anda kepada mereka.

Objektif untuk cold prospect ini ialah untuk memastikan mereka kenal bisnes anda.

Bagaimana untuk memastikan mereka kenal bisnes anda?

Di dalam medium online, anda boleh menggunakan Media Sosial (Facebook, Instagram,Twitter) ataupun Website.

Kalau sebagai Ejen Insuran atau Ejen Hartanah Cold Call adalah cara yang paling popular untuk mendapatkan prospek.

Antara cara paling popular untuk menarik perhatian Cold Prospect ini adalah dengan menggunakan content marketing.
WARM PROSPECT


Meraka ini adalah prospek yang telah mengenali anda dan menunjukkan minat terhadap bisnes anda.

Mereka kenal bisnes anda dan tahu anda jual apa, tetapi mereka masih belum bersedia untuk mendapatkan produk anda.

Objektif untuk warm prospek ini ialah untuk menukar mereka kepada pembeli anda.

Antara contoh warm prospect ini adalah seperti Fan anda di dalam facebook ataupun pembaca blog anda secara senyap.

Jika anda ingin membuat iklan kepada mereka , pastikan anda menggunakan ayat copywriting yang khusus untuk mereka.


Image result for hot cup

HOT PROSPECT


Mereka ini dikategorikan sebagai orang yang telah mendapatkan produk anda , dan sangat mengenali anda.

Meraka ini tahu servis after sales anda okay atau tidak…mereka tahu produk anda bagus atau tidak…dan mereka tahu anda ini boleh dipercayai atau tidak.

Cara paling simple untuk anda utilizekan mereka ini adalah dengan meminta mereka memberikan feedback/testimonial kepada anda.

Di samping itu anda boleh tawarkan something advance atau produk yang lain kepada mereka ini untuk meningkatkan sales.

ILMU MARKETING 5: APA SEBENARNYA CARA BERIKLAN YANG FACEBOOK MAHUKAN?

Assalamualaikum & selamat sejahtera!!

Harini Cik Biskut nk share kpd online seller yg giat menjual di FB

Bila nak mula berniaga di Facebook, FB Ads adalah salah satu cara yang paling cepat untuk memasarkan produk.

Ini kerana Facebook boleh bantu menunjukkan iklan anda kepada prospek berdasarkan lokasi, umur, jantina dan minat mereka.

Tapi sebelum anda nak mula buat iklan, perkara yang anda perlu pelajari adalah teknik menulis iklan Facebook atau copywriting.

Ramai orang ingat boleh letak suka-suka ayat untuk Facebook Ads tetapi ianya bukan begitu.

Kenapa?
Sebab Facebook mementingkan pengguna-pengguna Facebook. Mereka mahu pengguna menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga.

Disebabkan Facebook juga satu platform media sosial, Facebook mahu ekosistemnya terjaga dan selamat untuk pengguna-penggunanya.
.
Walaupun begitu, Facebook masih membenarkan orang beriklan di Facebook tapi perlu mengikut peraturannya dan polisi pengiklanannya.

Anda boleh baca lanjut di https://www.facebook.com/policies/ads

Bagaimana Nak Tulis Iklan Mengikut Acuan Facebook?


1. Sebelum tulis iklan, baca dan fahamkan Polisi Pengiklanan Facebook.

2. Buat kajian pelanggan untuk memahami masalah dan kehendak pelanggan.
3. Bila nak menulis iklan, bayangkan dalam kepala 'Apa yang pelanggan aku mahukan daripada iklan yang aku tulis?'. Dari situ, iklan yang anda tulis adalah jelas, nyata dan ada penyelesaian yang pelanggan mahukan.
4. Gunakan kaedah menulis iklan berbentuk tips, petua atau cara-cara guna menggunakan produk. Cara ini berkesan jika buat iklan dalam bentuk video.
5. Tulis iklan yang menunjukkan manfaat atau menggambarkan gaya hidup yang positif terutamanya iklan produk kecantikan dan kesihatan.


Ok lah, itu sahaja untuk hari ni.

3 DOSA YANG PENIAGA ONLINE BUAT TANPA SEDAR

Assalamualaikum..

Ingatlah, sesungguhnya rezeki banyak datang daripada perniagaan.

Ya, benar. Berniaga adalah amalan yang mulia.

Bukan sahaja anda boleh dapat keuntungan lumayan, malah anda juga membantu menyelesaikan masalah pelanggan sasaran.

Dengan perniagaan, anda boleh memberikan peluang pekerjaan kepada orang ramai.




Namun, segala-galanya boleh musnah sekiranya ada 3 dosa ini:

1. Niat berniaga untuk menipu orang ramai
Semua tindakan bermula dengan niat.
Sekiranya ada niat nak memperdaya orang dengan bisnes yang nak dijalankan, baik lupakan sahaja.
Lambat laun keburukan akan menempek pada muka juga. Di dunia dan di hari pembalasan.

2. Tulis copywriting yang sarat dengan hype dan janji palsu
Setiap iklan mesti ada tawaran yang dijanjikan kepada pelanggan. Tujuannya adalah untuk menaikkan nafsu pembeli.

Tapi sekiranya menjanjikan sesuatu yang tidak boleh dipenuhi dan mengelirukan, iklan anda akan ditolak mentah-mentah oleh Facebook.

Contoh tawaran yang hype adalah seperti 'kulit boleh putih plum plum pak... boleh selim dalam 3 hari" dan sebagainya

3. Menjual dengan harga murah untuk cantas pesaing
Anda tahu anda ada pesaing dan mereka juga menjual produk kepada pelanggan sasaran yang sama.

Waktu inilah setan akan membisikkan kata-kata manis untuk merendahkan harga produk yang dijual. Sebabnya nak kaut sebanyak mungkin pelanggan daripada beli melalui pesaing.

Usah buat begitu. Banyak lagi cara untuk memasarkan produk dalam persaingan yang sengit.

Lontarkan USP bisnes. Buat sesuatu yang lain daripada pesaing. Kecilkan lagi skop pelanggan sasaran yang belum diterokai.

Kalau dah pernah buat, cepat-cepat kembali ke pangkal jalan.

Itu sahaja coretan hari ini.

Sudi-sudilah memberikan komen untuk kita bincang-bincang cara berniaga yang betul di Facebook.

ILMU MARKETING 4: BERSEDIA UNTUK KE GELANGGANG!

1. Sediakan toolkit pemasaran anda
Buat hard copy untuk memudahkan anda rujuk pelan pemasaran anda. Dalam toolkit mesti ada; slogan, CTA, imej, video, 'About Us', 'Key messaging copy", siaran akhbar dan macam-macam lagi. Semuanya harus selaras dengan visi dan jenama anda.


2. Bersedia untuk buat jualan
Jangan lancarkan kempen pemasaran sekiranya anda belum bersedia. 

Pastikan laman web anda dan dikemaskini.

Landing page dah boleh digunakan.

Copywriting dah buat.

Design gambar atau video sudah siap.

Jika ada team, pastikan mereka tahu tentang kempen pemasaran yang dijalankan.

Bahagian jualan dah siapkan skrip close sale.

Bahagian customer support faham dengan apa yang perlu dibuat sekiranya ada jualan masuk pada hari kempen dijalankan.

Semua yang ada di dalam team perlu bekerjasama agar kempen yang dijalankan berjaya.


3. Tentukan bajet
Kira berapa banyak yang anda perlu belanjakan untuk pemasaran.

Anda boleh meningkatkan bajet sekiranya anda dah tahu teknik pemasaran mana yang mendatangkan hasil yang lumayan.


4. Berikan tugasan kepada ahli teamsiapa yang melakukan apa dan bila
Wujudkan peranan dan tanggungjawab untuk team anda.


Siapa yang akan mengetuai kempen atau projek?

Siapa yang akan run iklan?

Siapa yang karang copywriting?

Siapa yang reka gambar dan video?

Siapa yang analisa conversion dalam website?


So, lepas dh tahu details di atas, senaraikan bidang tanggungjawab utama mengikut bisnes you guys. Got it? 😇

ILMU MARKETING 3 : MENILAI SALURAN PEMASARAN YG BERPOTENSI

PILIH SALURAN PEMASARAN

Terdapat banyak cara untuk memasarkan perniagaan anda kepada bakal pelanggan anda.

Ada yang sangat sesuai dan ada juga yang tak sesuai untuk perniagaan dan pelanggan sasaran anda. Gunakan senarai di bawah ini untuk membuat penilaian awal sebelum memilih saluran pemasaran yang terbaik:

a) Pengiklanan media

- Beriklan di surat khabar, majalah, TV dan radio

- Boleh pantau keberkesanan iklan daripada nombor telefon, kod dan sebagainya.

- Kos yang agak mahal, perlukan budget iklan yang besar

b) Pengiklanan Pay Per Click

- Beriklan di Google atau Facebook

- Boleh pantau keberkesanan iklan melalui split testing

- Kos murah dan bergantung kepada seramai mana prospek yang anda mahu target.


c) Media sosial

- Baik untuk membina hubungan dengan prospek.

- Metrik yang diukur adalah jumlah Likes, jumlah Followers, Jumlah Shares dan banyak lagi.

- Percuma tetapi mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pelanggan (sekiranya masih baru)


d) Public relation
- Bagus untuk meningkatkan profil bisnes anda sekiranya mahu pendedahan di laman bisnes (online dan offline) dan surat khabar

- Metrik yang diukur adalah bilangan pengunjung ke website dan jumlah jualan hasil daripada liputan media.

- Kos adalah berbeza dan ia juga mengambil masa untuk mendapat hasil yang diinginkan.


e) Direct mail

- Guna flyers atau surat yang dihantar ke alamat prospek.

- Boleh pantau keberkesanan melalui bilangan surat yang dikirimkan semula.

- Kos yang agak murah


f) Pameran dan booth
- Peluang untuk mendapatkan prospek yang berminat dalam satu-satu tempat.

- Metrik yang boleh diukur adalah nama, nombor telefon, emel yang dapat dikumpul untuk follow-up.

- Kos yang mahal tapi berbaloi jika dilakukan dengan sistematik.


g) Penajaan
- Menaja satu-satu acara atau organisasi boleh menaikkan jenama dengan cepat.

- Metrik agak sukar untuk diukur tetapi hasil (jualan) boleh dilihat pada akhir penajaan.

- Kos agak tinggi tetapi boleh menghasilkan ROI positif dalam jangka masa panjang.

ILMU MARKETING 2 : KENAL PASTI PELUANG PEMASARAN MENGGUNAKAN ANALISIS "SWOT"

1. Apakah kekuatan anda?

Kenal pasti cara-cara untuk menonjolkan perniagaan anda berbanding pesaing anda.

Kekuatan anda boleh digunakan untuk menghasilkan mesej pemasaran yang menarik.

Ini termasuk daripada produk atau servis yang anda tawarkan, perkhidmatan pelanggan yang mesra pengguna, waktu perniagaan anda yang lama dan banyak lagi.


2. Apa yang anda boleh perbaiki?

Adakah ada aspek produk atau perkhidmatan anda yang boleh diperbaiki?

Pernahkah pelanggan komplen dengan kualiti produk anda?

Adakah pekerja anda melakukan tugas dengan baik?

Kelemahan-kelemahan lain termasuk kekurangan masa, wang, sumber atau kepakaran.

Tangani kekurangan-kekurangan yang anda sebelum anda memulakan kempen pemasaran.


3. Apakah peluang yang boleh diterokai?

Kenal pasti trend terkini dalam dalam pasaran yang boleh membuka peluang perniagaan baru.

Adakah terdapat jurang yang produk atau perkhidmatan anda boleh isi?

Adakah terdapat kegunaan tambahan untuk produk / perkhidmatan yang anda boleh eksploitasi?

Adakah terdapat pasaran baru yang anda boleh terokai? Senaraikan semuanya.


4. Apakah ancaman yang anda bakal hadapi?

Fikirkan tentang halangan atau cabaran terhadap perniagaan anda. 

Ancaman termasuklah sentimen pelanggan, pemain bisnes baru yang masuk ke dalam pasaran anda, permainan harga, konflik politik dan banyak lagi.

ILMU MARKETING 1 : FAHAMI PASARAN ANDA

1. Siapakah pelanggan anda?

Jelaskan siapakah pelanggan ideal anda. Buat gambaran ciri-ciri utama mereka - ini termasuk umur mereka, gaya hidup mereka, minat, pendapatan mereka atau tempat tinggal mereka.

Jika anda sudah anda pelanggan, kaji apa motivasi yang mendorong mereka untuk membeli daripada anda.

Cara bagaimana anda memasarkan produk kepada pelanggan bergantung kepada profil avatar dan sebanyak mana maklumat tentang pelanggan yang dapat dikumpul.

Fikirkan apa kaedah pemasaran terbaik dan mesej pemasaran yang pelanggan akan respon.

Sebaik sahaja anda dah tahu lebih banyak mengenai pelanggan anda, anda boleh asingkan pelanggan dalam segmen-segmen pelanggan tertentu supaya anda boleh sasarkan kepada mereka dengan mesej dan tawaran tertentu.

2. Apakah kelakuan pelanggan?

Daripada maklumat nombor 1, anda sudah dapat maklumat tentang kelakukan pelanggan anda:

Berapa kerap mereka membeli dari anda?

Apa yang mereka order? Berapa kuantiti produk mereka order?

Bagaimanakah mereka mengetahui perniagaan anda?

Dengan mengkaji data-data ini, anda sudah dapat mengenal pasti segmen pelanggan mana yang mempunyai potensi terbesar untuk meningkatkan jualan.

Anda sudah tahu kumpulan pelanggan mana yang harus anda target dengan aktiviti pemasaran anda.

Buat ranking prospek daripada 'cold', kemudian 'warm' dan 'hot'.

Prospek yang memang kenal anda (hot prospects) akan lebih mudah respon dengan mesej pemasaran anda dengan cara personal seperti emel, Facebook post atau Whatsapp.

3. Siapakah pesaing anda?

Senaraikan pesaing utama anda.

Ia mungkin peniaga offline, penjual produk, pakar-pakar dalam bidang anda atau jenama yang terkenal. 

Senaraikan sebab kenapa pelanggan atau bakal pelanggan memilih produk pesaing berbanding anda.

4. Apa yang istimewa tentang perniagaan anda?

Sekarang anda perlu senaraikan sebab kenapa pelanggan perlu pilih perniagaan anda.

Senaraikan USP dan dan apa-apa poin yang membezakan anda daripada orang lain;

Apakah 'value' utama anda - adakah harga, kualiti, perkhidmatan, kemudahan?

CIK BISKUT BERNIAGA BERMULA DENGAN DROPSHIP


Haii...assalamualaikum..

Cik Biskut mulakan dengan bagaimana nk start online business terutama student & yg tak ada modal byk

Cik Biskut join dropship. Mula-mula ambil bawah 10 pek je. Then start kumpul order daripada kenalan rapat, family dan sedara mara.

Secara tak sedar, ramai yg order. Lebih daripada 10 org yg order!

Cik Biskut kumpul order tu dlm masa seminggu je. Hanya daripada kenalan rapat je. Tp kena rajinlah sbb masa nak promote tu kena ramah mulut sikit. Tunjuk gambar produk yg kita nk jual tu pada kawan-kawan kita. Barulah diaorg berminat nk order 💗

Ni stokist kesayangan Cik Biskut hihi.. 
Gigih meneman dia pos cookies & hantar pada dropship

So kat sini Cik Biskut nk pesan, bila kita takda ilmu dalam bidang bisnes. Kita perlu mula daripada bawah, bukannya terus jadi founder atau agent

Sbb daripada kita join dropship nilah kita akn tahu byk bnde yg basic & ilmu asas yg penting

Hmm..nowadays nmpk kawan-kawan Cik Biskut ramai yg buat bisnes sndiri secara semborono tup tup terus kata dia founder. Dua tiga bulan tgk dah shut down. Sedih..bila kita dh nasihat utk mula daripada bawah tp tetap nk jadi founder. Boleh...tp ilmu kita kene byklah baru berhasil. 

So jadi humble je dlm bisnes ni. Sbb ape? sbb rmai lg yg kat luar sne lg hebat daripada kita. Nk bandingkan kita dgn Jack Ma tu?? Kita ni mcm bayi baru lahir je hahaha. Okay? hadam?

PERMULAAN CIK BISKUT SEBELUM MELAKUKAN ONLINE BUSINESS

Assalamualaikum..

Cik Biskut nk cerita sikit mcm mne Cik Biskut boleh berkecimpung dlm bidang online business ni

Bermulanyaaa....

Cik Biskut masa sem 1 zaman diploma masa di Politeknik Nilai. Cik Biskut terfikir mcm mne nk jana pendapatan masa study ni. Possible ke eh?? Mula-mula mcm ragu-ragu juga. Tp bila jumpa satu IG comel ni, nama cookies ni "COOKIES MOST WANTED", terus rasa bersemangat!!

Lagi-lagi dapat tahu stokist ni dekat je dgn Politeknik Nilai, Cik Biskut terus PM no dekat IG tu

Tiba-tiba kwn abg yg dlm gambar ni yg reply ws.

Mula-mula mcm krikk krikk...dua tiga hari lepas tu, abg dlm gambar ni ws dan tanya "sis ke yg berminat nk jadi dropship cookies?"

Aaaaa...ye, terus bersemangat! Sbb cookies ni comel sgt!

Cik Biskut terus daftar jadi dropship & order 7 pek je masa tu utk buat tester diri sndiri & utk kawan kawan dkat poli

Maka abg ni delivery cookies tu smpai ke rumah...

jeng jenggg.......



STOKIST CMW AKA BUAH HATI CIK BISKUT😍

Cinta pada pandangan pertama la katakan...

Terus jatuh cinta hihi... Okay dah malu. Bye! Jumpa next entry!!

PENTINGNYA "BIG WHY" UNTUK BAKAL JUTAWAN MUDA!


Assalamualaikum...

Harini Cik Biskut nk share tntg pentingnya BIG WHY before start up your bisnes

Kenapa you all nk bisnes?? Takkan semata utk lepas duit makan harian je??

Sure tak best klau mcm tu. Tkde "faktor" utk push you guys utk berusaha sungguh-sungguh!


BIG WHY ni klau takde, ibarat mcm bisnes main olok-olok je. WAJIB ADA tau!


BIG WHY CIK BISKUT:

1. Pegi umrah dengan family
2. Beli rumah 3 tingkat dekat putrajaya
3. Sambung master & phd tanpa pinjaman
4. Beli kereta minicooper warna merah
5. Melangsungkan majlis kawin di The Palace of Golden Horses

#TIPS
Kalau nk tulis BIG WHY ni, kene spesifikkan. Nak warna apa, jenis mcm mana, dekat mana.

So that you guys boleh bayangkan (angan angan) supaya boleh capai suatu hari nnti insyallah!

Klau nk lg menarik, tulis & tampal BIG WHY tu dekat bilik you guys.. Goodluck! :)

BUKU VS BAKAL JUTAWAN

Annyongg!!

Hai bakal jutawan! You suka baca buku tak?? If tak suka, lupakan jela utk jadi org kaya muda! hahaha. Sbb org yg berjaya adalah org yg tak berhenti mencari ilmu. Dapat tak?

Okay..
Nama buku ni "25 formula hidup luar biasa". Buku ni Cik Biskut dpt hadiah daripada buah hati hihi.. Excited sgt sbb dlm buku ni siap ade note comel & tanda tangan si dia. Ehh melalut dh ni haha!

Okay...

Kita smbung perkongsian tntg buku ni
Related image

Buku Dr Azizan Osman ni ada beberapa keistimewaan (so you guys WAJIB beli okay??!)

Antaranya buku ni byk berkaitan dunia dan Al-Quran, Sunnah. Sbb buku ni menceritakan setiap rezeki yg kita nk cari adalah berkait dgn kekuasaan daripada Allah yg Maha Esa. Best...

Cik Biskut pun tau tntg buku ni daripada kawan yg join Seminar IMKK dia. Dia pernah jatuh dulu, so Cik Biskut sgt adore sgt dgn dia sbb kuat & tak putus asa utk bangkit semula.

Bila dh baca buku ni, rasa SEMANGAT sgt nk berniaga. Sbb kita lupa, bila kita gagal adalah satu ujian daripada Allah utk kita igt pada Dia. Bangkit & percaya bahawa setiap apa yg berlaku adalah takdir & selepas hujan pasti akan ada pelangi :')

CHIMEWRIAN!

Assalamualaikum, alhamdulillah... Ini adalah gambar Anugerah Agent daripada pihak HQ Mad About Cake (MAC) Bersama Cikgu Su, dia...