Thursday, December 13, 2018

ILMU MARKETING 5: APA SEBENARNYA CARA BERIKLAN YANG FACEBOOK MAHUKAN?

Assalamualaikum & selamat sejahtera!!

Harini Cik Biskut nk share kpd online seller yg giat menjual di FB

Bila nak mula berniaga di Facebook, FB Ads adalah salah satu cara yang paling cepat untuk memasarkan produk.

Ini kerana Facebook boleh bantu menunjukkan iklan anda kepada prospek berdasarkan lokasi, umur, jantina dan minat mereka.

Tapi sebelum anda nak mula buat iklan, perkara yang anda perlu pelajari adalah teknik menulis iklan Facebook atau copywriting.

Ramai orang ingat boleh letak suka-suka ayat untuk Facebook Ads tetapi ianya bukan begitu.

Kenapa?
Sebab Facebook mementingkan pengguna-pengguna Facebook. Mereka mahu pengguna menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga.

Disebabkan Facebook juga satu platform media sosial, Facebook mahu ekosistemnya terjaga dan selamat untuk pengguna-penggunanya.
.
Walaupun begitu, Facebook masih membenarkan orang beriklan di Facebook tapi perlu mengikut peraturannya dan polisi pengiklanannya.

Anda boleh baca lanjut di https://www.facebook.com/policies/ads

Bagaimana Nak Tulis Iklan Mengikut Acuan Facebook?


1. Sebelum tulis iklan, baca dan fahamkan Polisi Pengiklanan Facebook.

2. Buat kajian pelanggan untuk memahami masalah dan kehendak pelanggan.
3. Bila nak menulis iklan, bayangkan dalam kepala 'Apa yang pelanggan aku mahukan daripada iklan yang aku tulis?'. Dari situ, iklan yang anda tulis adalah jelas, nyata dan ada penyelesaian yang pelanggan mahukan.
4. Gunakan kaedah menulis iklan berbentuk tips, petua atau cara-cara guna menggunakan produk. Cara ini berkesan jika buat iklan dalam bentuk video.
5. Tulis iklan yang menunjukkan manfaat atau menggambarkan gaya hidup yang positif terutamanya iklan produk kecantikan dan kesihatan.


Ok lah, itu sahaja untuk hari ni.

No comments:

CHIMEWRIAN!

Assalamualaikum, alhamdulillah... Ini adalah gambar Anugerah Agent daripada pihak HQ Mad About Cake (MAC) Bersama Cikgu Su, dia...